Seluruh Google, bekerja untuk anda

Log masuk ke Akaun Google anda dan manfaatkan sepenuhnya semua perkhidmatan Google yang anda gunakan. Akaun anda membantu anda melakukan pelbagai lagi perkara dengan memperibadikan pengalaman Google anda dan menawarkan akses mudah kepada maklumat anda yang paling penting dari mana-mana sahaja.

Membantu anda

Apabila anda log masuk, semua perkhidmatan Google yang anda gunakan saling berfungsi dengan lancar untuk menawarkan bantuan berkaitan tugas harian seperti menyegerakkan Gmail anda dengan Kalendar Google dan Peta Google untuk memastikan anda sentiasa mengikut jadual.

Dibina untuk anda

Walau apa jua peranti atau perkhidmatan Google yang anda gunakan, akaun anda memberi anda pengalaman yang tekal yang boleh disesuaikan dan diurus pada bila-bila masa.

Melindungi anda

Akaun Google anda dilindungi oleh keselamatan yang terkemuka dalam industri yang membantu kami mengesan dan menyekat ancaman secara automatik sebelum ancaman tersebut sempat sampai kepada anda.

Sedia untuk membantu

Sedia untuk membantu

Perkhidmatan Google, daripada Chrome hinggalah kepada YouTube, berfungsi dengan lebih baik dan membantu anda melakukan pelbagai lagi urusan apabila anda log masuk. Akaun anda memberikan akses kepada pelbagai ciri berguna seperti Autolengkap, syor yang diperibadikan dan pelbagai lagi - pada bila-bila masa dan daripada mana-mana peranti.

Hanya untuk anda

Hanya untuk anda

Akaun Google anda menjadikan setiap perkhidmatan yang anda gunakan diperibadikan untuk anda. Hanya log masuk ke akaun anda untuk mengakses pilihan dan kawalan privasi serta pemperibadian anda daripada mana-mana peranti.

Memastikan maklumat anda sulit, selamat dan terjamin

Memastikan maklumat anda sulit, selamat dan terjamin

Langkah melindungi semua maklumat dalam Google Account anda tidak pernah sepenting ini. Itulah sebabnya kami telah membina perlindungan dan alatan yang hebat seperti Pemeriksaan Keselamatan serta Google Password Manager dalam setiap akaun.

Google anda bermula di sini