Seluruh Google, bekerja untuk anda
Log masuk ke Akaun Google anda dan manfaatkan sepenuhnya semua perkhidmatan Google yang anda gunakan. Akaun anda membantu anda melakukan pelbagai lagi perkara dengan memperibadikan pengalaman Google anda dan menawarkan akses mudah kepada maklumat anda yang paling penting dari mana-mana sahaja.
Membantu anda
Apabila anda log masuk, semua perkhidmatan Google yang anda gunakan saling berfungsi dengan lancar untuk menawarkan bantuan berkaitan tugas harian seperti menyegerakkan Gmail anda dengan Kalendar Google dan Peta Google untuk memastikan anda sentiasa mengikut jadual.
Dibina untuk anda
Walau apa jua peranti atau perkhidmatan Google yang anda gunakan, akaun anda memberi anda pengalaman yang tekal yang boleh disesuaikan dan diurus pada bila-bila masa.
Melindungi anda
Akaun Google anda dilindungi oleh keselamatan yang terkemuka dalam industri yang membantu kami mengesan dan menyekat ancaman secara automatik sebelum ancaman tersebut sempat sampai kepada anda.
Sedia untuk membantu
Perkhidmatan Google, daripada Chrome hinggalah kepada YouTube, berfungsi dengan lebih baik dan membantu anda melakukan pelbagai lagi urusan apabila anda log masuk. Akaun anda memberikan akses kepada pelbagai ciri berguna seperti Autolengkap, syor yang diperibadikan dan pelbagai lagi - pada bila-bila masa dan daripada mana-mana peranti.
Akaun Google anda membantu untuk menjimatkan masa dengan mengisikan kata laluan, alamat dan butiran pembayaran secara automatik melalui maklumat yang disimpan dalam akaun anda.
Apabila anda log masuk ke Akaun Google anda, semua perkhidmatan Google yang anda gunakan berfungsi bersama-sama untuk membantu anda menyelesaikan lebih banyak urusan. Sebagai contoh, pengesahan penerbangan dalam peti masuk Gmail anda akan disegerakkan secara automatik dengan Kalendar Google dan Peta Google untuk membantu anda tiba di lapangan terbang tepat pada masanya.
Satu log masuk membolehkan anda menikmati pengalaman lancar di seluruh Google, daripada menyambung semula video YouTube pada peranti yang lain, hinggalah kepada memastikan kenalan dan apl Gedung Play kegemaran anda sentiasa tersedia. Akaun Google anda juga memudahkan anda log masuk ke apl pihak ketiga dengan selamat dan cepat supaya pilihan anda sentiasa mudah diakses walaupun di luar Google.
Hanya untuk anda
Akaun Google anda menjadikan setiap perkhidmatan yang anda gunakan diperibadikan untuk anda. Hanya log masuk ke akaun anda untuk mengakses pilihan dan kawalan privasi serta pemperibadian anda daripada mana-mana peranti.
Data dan tetapan anda sentiasa ada di hujung jari anda. Hanya ketik gambar profil anda dan ikut pautan kepada "Urus Akaun Google anda”. Daripada gambar profil, anda juga boleh log masuk, log keluar atau menghidupkan mod Inkognito dengan mudah.
Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu kami tidak dapat memenuhi kehendak semua. Itulah sebabnya setiap Akaun Google dilengkapi kawalan dan alatan yang mudah digunakan seperti Semakan Privasi supaya anda dapat memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda. Anda juga dapat mengawal jenis data yang disimpan dalam akaun anda dengan kawalan hidupkan/matikan yang mudah. Malah, anda juga boleh memadamkan data anda mengikut tarikh, produk dan topik.
Akaun Google anda menjadi tempat berpusat yang selamat untuk menyimpan maklumat peribadi anda - seperti kad kredit, kata laluan dan kenalan - supaya sentiasa tersedia di seluruh Internet apabila anda memerlukan maklumat itu.
Memastikan maklumat anda sulit, selamat dan terjamin
Langkah melindungi semua maklumat dalam Google Account anda tidak pernah sepenting ini. Itulah sebabnya kami telah membina perlindungan dan alatan yang hebat seperti Pemeriksaan Keselamatan serta Google Password Manager dalam setiap akaun.
Akaun Google anda melindungi maklumat peribadi anda secara automatik dan memastikan maklumat itu sulit dan selamat. Setiap akaun dilengkapi beberapa ciri hebat seperti penapis spam yang menyekat 99.9% e-mel berbahaya sebelum e-mel tersebut sempat sampai kepada anda dan pemberitahuan keselamatan diperibadikan yang memberi anda makluman tentang aktiviti mencurigakan dan tapak web berniat jahat.
Alatan mudah ini memberi anda syor yang diperibadikan untuk membantu anda memastikan akaun anda selamat.
Akaun Google anda dilengkapi pengurus kata laluan terbina dalam yang menyimpan kata laluan anda dengan selamat di tempat berpusat yang hanya anda dapat mengakses tempat itu.

-
Autolengkap

Berfungsi dengan lebih baik untuk anda
Apabila anda log masuk ke Akaun Google anda, semua perkhidmatan Google yang anda gunakan berfungsi bersama-sama untuk membantu anda menyelesaikan lebih banyak urusan. Sebagai contoh, pengesahan penerbangan dalam peti masuk Gmail anda akan disegerakkan secara automatik dengan Kalendar Google dan Peta Google untuk membantu anda tiba di lapangan terbang tepat pada masanya.
-
Kekal berhubung di seluruh Internet
Satu log masuk membolehkan anda menikmati pengalaman lancar di seluruh Google, daripada menyambung semula video YouTube pada peranti yang lain, hinggalah kepada memastikan kenalan dan apl Gedung Play kegemaran anda sentiasa tersedia. Akaun Google anda juga memudahkan anda log masuk ke apl pihak ketiga dengan selamat dan cepat supaya pilihan anda sentiasa mudah diakses walaupun di luar Google.
Hanya untuk anda
Akaun Google anda menjadikan setiap perkhidmatan yang anda gunakan diperibadikan untuk anda. Hanya log masuk ke akaun anda untuk mengakses pilihan dan kawalan privasi serta pemperibadian anda daripada mana-mana peranti.
-
Akses segera
Data dan tetapan anda sentiasa ada di hujung jari anda. Hanya ketik gambar profil anda dan ikut pautan kepada "Urus Akaun Google anda”. Daripada gambar profil, anda juga boleh log masuk, log keluar atau menghidupkan mod Inkognito dengan mudah.
-
Kawalan privasi
Apabila bercakap tentang privasi, kami tahu kami tidak dapat memenuhi kehendak semua. Itulah sebabnya setiap Akaun Google dilengkapi kawalan dan alatan yang mudah digunakan seperti Semakan Privasi supaya anda dapat memilih tetapan privasi yang sesuai untuk anda. Anda juga dapat mengawal jenis data yang disimpan dalam akaun anda dengan kawalan hidupkan/matikan yang mudah. Malah, anda juga boleh memadamkan data anda mengikut tarikh, produk dan topik.
-
Tempat yang selamat untuk maklumat anda
Akaun Google anda menjadi tempat berpusat yang selamat untuk menyimpan maklumat peribadi anda - seperti kad kredit, kata laluan dan kenalan - supaya sentiasa tersedia di seluruh Internet apabila anda memerlukan maklumat itu.
Memastikan maklumat anda sulit, selamat dan terjamin
Langkah melindungi semua maklumat dalam Google Account anda tidak pernah sepenting ini. Itulah sebabnya kami telah membina perlindungan dan alatan yang hebat seperti Pemeriksaan Keselamatan serta Google Password Manager dalam setiap akaun.
-
Keselamatan terbina dalam
Akaun Google anda melindungi maklumat peribadi anda secara automatik dan memastikan maklumat itu sulit dan selamat. Setiap akaun dilengkapi beberapa ciri hebat seperti penapis spam yang menyekat 99.9% e-mel berbahaya sebelum e-mel tersebut sempat sampai kepada anda dan pemberitahuan keselamatan diperibadikan yang memberi anda makluman tentang aktiviti mencurigakan dan tapak web berniat jahat.
-
Pemeriksaan Keselamatan
Alatan mudah ini memberi anda syor yang diperibadikan untuk membantu anda memastikan akaun anda selamat.
-
Google Password Manager